Monday, July 27, 2009

Cara Buat Akaun Blog di blogspot.com

1. Mula-mula buka blogspot punya site http://www.blogger.com

2. Klik pada CREATE A BLOG (Gambar 1).

Gambar 1 : halaman utama blogspot.com

3. Isi semua maklumat yang di minta (Gambar 2).

Gambar 2 : Langkah 1 Borang Daftar blog

4. Selepas itu, klik CONTINUE.

5. Masukkan tajuk blog dan nama blog yang hendak digunakan (Gambar 3).

6. Klik pada Check Availability untuk menyemak sama ada nama blog yang kita hendak gunakan itu masih belum diguna.
Gambar 3 : Tajuk Blog dan Nama Blog

7. Jika nama blog yang kita hendak gunakan itu sudah digunakan, blogspot wizard akan memberikan cadangan nama blog untuk anda. Anda boleh pilih cadangan nama blog yang diberi atau boleh guna nama blog yang lain, tetapi pastikan anda semak dahulu dengan klik pada Check Availability. (Gambar 4)
Gambar 4 : Periksa Pemilikan Nama Blog

8. Jika anda mendapat jawapan This blog address is available, masukkan Word Verification dan klik CONTINUE (Gambar 5).
Gambar 5 : Nama Blog

9.Pilih jenis template yang ingin digunakan. Dan klik CONTINUE (Gambar 6)
Gambar 6 : Pilih Template

10. Tahniah! anda telah berjaya mendaftar blog. Klik START BLOGGING untuk mula membuat blog (Gambar 7).

No comments:

Post a Comment