Monday, July 27, 2009

Membina blog

1. Masukkan tajuk blog di bahagian Title: (Gambar 1)


Gambar 1 : Tajuk Blog

2. Kemudian, mulalah menaip cerita yang anda ingin berkongsi di ruang kosong berwarna putih ditengah tu (Gambar 1).

Cara masukan gambar dalam blog.

3. Klik pada icon Add Image .

4. Klik pada Browse (Gambar 2).

Gambar 2 : Browse Gambar

5. Pilih gambar yang hendak di muat naik. Selepas itu klik Open (Gambar 3).

Gambar 3 : Pilih Gambar

6. Klik UPLOAD IMAGE untuk muat naik gambar yang anda pilih tadi (Gambar 4).

Gambar 4 : Muat Naik Gambar

7. Tunggu sehingga habis upload (ambil masa sikit bergantung pada kelajuan talian internet anda).

Gambar 5 : Sedang Muat Naik



8. Klik DONE apabila gambar sudah berjaya di masukan ke dalam blog (Gambar 6).

Gambar 6 : Gambar Sudah Berjaya di Masukan ke Dalam Blog

9. Jangan lupa klik SAVE NOW untuk save blog anda.

10. Klik PUBLISH POST apabila sudah siap dan sudah save.

11. Klik View Blog (in a new window) untuk lihat hasil blog anda.


Tahniah! anda sudah berjaya membina blog sendiri.


Cara Buat Akaun Blog di blogspot.com

1. Mula-mula buka blogspot punya site http://www.blogger.com

2. Klik pada CREATE A BLOG (Gambar 1).

Gambar 1 : halaman utama blogspot.com

3. Isi semua maklumat yang di minta (Gambar 2).

Gambar 2 : Langkah 1 Borang Daftar blog

4. Selepas itu, klik CONTINUE.

5. Masukkan tajuk blog dan nama blog yang hendak digunakan (Gambar 3).

6. Klik pada Check Availability untuk menyemak sama ada nama blog yang kita hendak gunakan itu masih belum diguna.
Gambar 3 : Tajuk Blog dan Nama Blog

7. Jika nama blog yang kita hendak gunakan itu sudah digunakan, blogspot wizard akan memberikan cadangan nama blog untuk anda. Anda boleh pilih cadangan nama blog yang diberi atau boleh guna nama blog yang lain, tetapi pastikan anda semak dahulu dengan klik pada Check Availability. (Gambar 4)
Gambar 4 : Periksa Pemilikan Nama Blog

8. Jika anda mendapat jawapan This blog address is available, masukkan Word Verification dan klik CONTINUE (Gambar 5).
Gambar 5 : Nama Blog

9.Pilih jenis template yang ingin digunakan. Dan klik CONTINUE (Gambar 6)
Gambar 6 : Pilih Template

10. Tahniah! anda telah berjaya mendaftar blog. Klik START BLOGGING untuk mula membuat blog (Gambar 7).